APM KUALA NERUS

APM Negeri Terengganu telah ditubuhkan pada 18 Oktober 1964 mengikut Akta 221 Pertahanan Awam 1951. Jabatan ini pada mulanya terletak di Pejabat Daerah, Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu. Pada 12 Februari 1978, pejabat ini berpindah ke Wisma Persekutuan, Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu di Aras 9 dan 30 April 1986 kemudiannya berpindah ke tingkat bawah bangunan. Pada 25 November 2001 pejabat ini sekali lagi berpindah ke bangunan atas Plaza Tol Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, di mana bangunan tersebut merupakan milik kerajaan negeri yang tidak lagi digunakan selepas tol dikeluarkan. Pada 7January 2004, pejabat sekali lagi berpindah ke bangunan baru (bangunan sendiri) yang terletak di Jalan Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.

ABOUT US

Fungsi Pertahanan Awam Berikut adalah fungsi pertahanan di dalam Angkatan Pertahanan Awam Malaysia : 1. Melatih dan melengkapkan rakyat dengan ilmu pertahanan awam ke arah kesiapsiagaan menghadapi ancaman musuh, kecemasan dan bencana. 2. Melaksanakan tugas menyelamat, perlindungan dan khidmat kemanusiaan dari sebarang ancaman musuh, bencana dan kecemasan. 3. Menggubal dan menyusun modul-modul latihan yang terkini dan komprehensif bagi Angkatan Pertahanan Awam. 4. Menubuh dan mentadbir urus Angkatan Pertahanan Awam melalui perkhidmatan dan logistik yang relevan dan terkini.

90%
80%
80%
Our Services

What Our Agency Provides